Pokok Misai Kucing ialah pokok herba renek tropika daripada keluarga "Lamiaceae" yang terdapat di Malaysia. Malaysia merupakan salah sebuah daripada 12 negara yang diiktiraf sebagai mempunyai kepelbagaian raya. Pokok Misai Kucing ialah pokok herba renek yang tumbuh sehingga mencapai ketinggian 1.5 meter. Nama sainsnya Orthosiphon stamineus, Benth.
Pokok misai kucing merupakan sejenis pokok berbunga dan sering
ditanam sebagai pokok perhiasan. Bunga terdapat pada 'verticil' lebih
kurang 16 cm panjang. Bunga berwarna putih kebiru-biruan dengan filamen
yang panjang, seperti misai kucing.
Daun Misai Kucing tersusun dalam pasangan yang bertentangan. Daun
Misai Kucing berasa licin, berwarna hijau, berbentuk tirus di hujung dan
tepi daun bergerigi. Tangkai daun pendek, lebih kurang 0.3 cm panjang
dan berwarna ungu-kemerahan. Batang pokok Misai Kucing berbentuk empat
segi, berwarna kemerahan, tumbuh tegak dan bercabang-cabang.
Herba Misai Kucing boleh ditanam sepanjang tahun dan ia boleh tumbuh
setinggi 0.3 hingga 1 meter. Misai Kucing mempunyai bunga yang berwarna
putih dan keseluruhan tumbuhan ini boleh digunakan sebagai ubat. Daun
pokok Misai Kucing juga digunakan sebagai herba perubatan untuk merawat penyakit kencing manis.
Herba Misai Kucing digunakan untuk memperbaiki saluran kencing dan
buah pinggang dan bagi membantu mengelakkan penyakit batu karang.
Mengikut kajian yang sudah dibuat, daun nya yang sudah dikeringkan
adalah bersifat diuretik dan membantu menyingkirkan asid urik yang
berlebihan dalam badan.
Rawatan untuk penyakit berkaitan buah pinggang seperti bengkak buah
pinggang, menghancurkan batu karang dalam buah pinggang, penyakit gout,
darah tinggi, kencing manis, reumatisme, sebagai antiallergi, anti darah
tinggi, anti keradangan dan pelawas kencing.
Hampir keseluruhan bahagian pokoknya boleh digunakan. Kehebatan
penyembuhan pokok misai kucing ini adalah lantaran kandungan kimianya
yang hebat seperti cirsimaritin, myoinositol, orthosiphon, pillion,
rhamnasin, bmlt oioioldsalvigenin, kerotin, kerotinoid, minyak pati,
flavanoid, glukosid, glikoprotein, saponin dan terpenoid. Misai kucing
telah terkenal sejak turun temurun kerana dapat membuang dan mencuci
darah dari toksid yang berlebihan. Juga dapat membantu tubuh
mengeluarkan bendalir berlebihan terutamanya dari sendi. Mengandungi
kandungan kalium yang mencukupi untuk menggantikan kehilangan kalium
dari badan semasa pembuangan air kencing. Ia juga tidak mendatangkan
masalah pada buah pinggang seperti kebanyakan ubat-ubat moden. Dapat
juga merawat penyakit lain seperti gout, athriris, reumatik dan penyakit
batu karang, selain dapat mencegah pembentukan batu karang dan
jangkitan saluran kencing, diabetes and nephritis. arteriosclerosis
(capillary dan masalah peredaran darah), Terkenal juga dengan khasiatnya
untuk merawat kencing manis, mengurangkan kadar kolesterol darah,
menurunkan tekanan darah tinggi dan melegakan kekejangan smooth muscle
pada dinding organ dalaman disamping sifat antiseptiknya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan