Jumaat, 8 Mac 2013

LIMAU KELIKIR


LIMAU KELIKIR:
















Khasiat buah dan daun limau kelikir dapat menurunkan tekanan darah tinggi yang terbaik dan mudah turun dengan segera.

Tetapi penggunaannya haruslah ikut aturan.. jika terlalu banyak atau kerap minum air linau kelikir, darah akan terus turun dan boleh menjadi haipo.

Pokok limau ini mudah hidup, mempunyai duri yang banyak dan tajam serta bisa, daun nya halus berwarna hijau tua, Buah limau ini berwarna hijau waktu muda dan menjadi warna merah bila dah masak, buahnya kecil.

semasa saya kecil selalu ambil buah limau kelikir yang masak berwarna merah ini untuk kilatkan kuku jari sebab limau kelikir ini mempunyi cecair seperti silik dan melekit, bila disapu pada kuku, kuku akan cantik berkilat.

Pokok Limau Kelikir ini banyak dijual kedai jual bunga yang mana mereka selalunya jadikan pokok limau kelikir sebagai hasiasan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan