Ketumbar mampu rendahkan kolesterol.
Ketumbar atau nama botaninya coriandrum sativum banyak digunakan
dalam penyediaan makanan. Biasanya, daun dan biji ketumbar banyak digunakan
dalam kebanyakan gaya masakan. Namun begitu, herba yang turut dikenali sebagai
coriander atau cilantro ini turut mempunyai kebaikan untuk kesihatan.
Ketumbar merupakan tumbuhan saka. Baunya yang harum disebarkan
melalui buah lembut berwarna hijau dan apabila matang bertukar kepada warna
kuning kecoklatan. Ketumbar berasal dari daerah Mediterranean, Afrika Utara dan
Asia Barat Daya, dan telah ditanam secara meluas di Eropah, Utara Afrika,
India, Amerka Selatan, Malaysia, Thailand dan China. Ketumbar hidup baik dalam
kawasan tanah hitam dan kontang.
Ketumbar adalah tumbuhan lembut dan tidak berbulu yang boleh
bertumbuh hingga ketinggian 50 cm [20 inci]. Daun-daunnya berbagai-bagai
bentuknya, iaitu bercuping luas pada tapak tumbuhan, dan lembut lampai pada
aras batang berbunga yang lebih tinggi. Bunga-bunganya dibawa dalam umbel kecil
berwarna putih atau merah jambu pudar, tak bersimetri, kelopak-kelopaknya yang
menjauhi pusat umbel lebih panjang (5-6 mm) berbanding kelopak-kelopak yang
tumbuh ke arah umbel (1-3 mm). Buahnya merupakan skizokarpa kering berbentuk
bundar yang berdiameter 3-5 mm.
Bunga ketumbar.
Semua bahagian tumbuhan ketumbar boleh dimakan, terutamanya daun
segar dan benih keringnya yang sering dijadikan bahan masakan. Ketumbar menjadi
ramuan biasa dalam masakan Timur Tengah, Asia Tengah, Mediterranean, Asia
Selatan, Mexico, Texas, Amerika Latin, Cina, Afrika dan Asia Tenggara. Ketumbar
juga digunakan untuk membuat minuman keras witbier dari Belgium.
Herba ini kaya dengan pelbagai elemen makanan. Ðaun ketumbar
mengandungi protein, lemak, mineral, serat, karbohidrat dan air. Mineral-mineral
dan vitamin-vitamin termasuklah vitamin C, kalsium, fosforus, besi, karotena,
thiamin, riboflavin, niasin, garam, kalium dan asid oksalik. Citronelol,
komponen minyak pati dalam ketumbar dikatakan antiseptik yang bagus.
Komponen-komponen lain mempunyai kesan penyembuhan dan anti mikrob yang tidak
akan membiarkan luka dan ulser dalam mulut menjadi bertambah teruk. Ia juga
mampu membantu menyembuhkan ulser dengan segera dan menyegarkan nafas.
Ðaun ketumbar lain rasanya dari benihnya, iaitu lebih banyak rasa
sitrus. Ada orang yang menjauhi daun ketumbar kerana rasa "bersabun"
atau bau hamis. Kepercayaan bahawa perasaan ini ditentukan secara genetik
mungkin timbul dari kelainan genetik pencerapan rasa kimia sintetik
phenylthiocarbamide; namun, tiadanya hubungan terperinci antara ketumbar dan
gen pencerapan rasa pahit yang dapat disahkan.
Ðaun ketumbar segar dijadikan ramuan untuk pembuatan pelbagai
masakan Asia Selatan (khususnya catni), hidangan Cina dan juga salsa dan
guacamole dari Mexico. Ðaun ketumbar yang dicincang dijadikan hiasan masakan
seperti dal dan kari. Ðaun ketumbar selalu digunakan mentah-mentah atau dibubuh
pada hidangan sejurus sebelum disajikan kerana jika dimasak, haba akan cepat
mengurangkan rasa ketumbar. Ðalam resipi India dan Asia Tengah, daun ketumbar
digunakan dalam bilanagan besar dan dimasak hingga hilang rasanya. Ðaun
ketumbar cepat rosak apabila dipetik dari tumbuhan, dan hilang baunya apabila
dikeringkan atau dibekukan.
Ðaun ketumbar bertindak sebagai perangsang dan tonik. Ia dikatakan
mampu menguatkan perut dan merangsang pencernaan, meningkatkan rembesan dan
pengeluaran air kencing serta mengurangkan demam. Ðaun ini juga bertindak
sebagai afrosidiak dan dikatakan mampu membantu dalam pembuangan kahak.
Jus daripada daun ketumbar dikatakan bermanfaat dalam penghasilan
vitamin A, B1, B2, C dan besi. Ðikatakan juga satu atau dua sudu teh jus
ketumbar yang telah ditambah susu mentega, amat bermanfaat dalam merawat
masalah pencernaan seperti sukar hadam, loya, disentri, hepatitis dan colitis.
Ia juga dikatakan mampu membantu dalam merawat demam kepialu.
Buah ketumbar kering dipanggil biji ketumbar. Biji ketumbar
apabila dihancurkan rasanya seperti limau kerana hadirnya terpena linalool dan
pinena. Biji ketumbar bersifat hangat, kekacangan, berempah, dan macam oren.
Biji ketumbar biasanya didapati dalam bentuk penuh dan kisar. Biji ketumbar
penuh boleh dipanggang atau dipanaskan dalam kuali kering untuk seketika, kemudian
dikisar untuk menguatkan dan mengubah baunya. Biji ketumbar kisar cepat hilang
rasanya apabila disimpan, oleh itu lagi segar lagi bagus.
Biji ketumbar dijadikan rempah (Hindi: धनिया dhania) dalam membuat
garam masala dan kari India yang selalu banyak menggunakan biji kisar bersama
jintan putih. Biji ketumbar ini berperanan sebagai bahan pemekat. Biji ketumbar
panggang atau dhana dal juga dijadikan makanan ringan, di samping dijadikan
ramuan utama dua masakan India Selatan iaitu sambhar (Bahasa Tamil: சாம்பார்) dan rasam (இரசம்). Biji ketumbar direnih
dengan air dan diminum sebagai ubat bersin tradisional.
Di luar Asia, biji ketumbar digunakan untuk menjeruk sayur, dan
membuat sosej di Jerman dan Afrika Selatan (lihat boerewors). Di Rusia dan
Eropah Tengah, biji ketumbar adalah ramuan yang sekali-sekala digunakan dalam
roti rai sebagai pengganti jintan. Biji ketumbar digunakan untuk menyediakan
beberapa jenis bir yang tertentu, khususnya bir gandum di Jerman. Biji ketumbar
ini digunakan bersama kulit oren untuk menambahkan rasa sitrus.
Ðikatakan dengan meminum air biji ketumbar mampu membantu
merendahkan kolesterol darah. Caranya adalah dengan merebus biji-biji ketumbar
kering dan menapis air rebusan ini sebelum diminum. Biji ketumbar juga
dikatakan mampu mengurangkan demam dan memberi rasa sejuk.
Merendahkan tahap gula bagi tekanan darah tinggi.
Air rebusan biji ketumbar kering juga dikatakan mampu merawat
diarea. Biji-bijinya terkenal sebagai ubat untuk melegakan pengeluaran haid
yang berlebihan. Air biji ketumbar juga dikatakan boleh digunakan sebagai
pencuci mata, terutamanya dalam merawat konjunktivitis. Ia dikatakan mampu
melegakan rasa perit dan mengurangkan kesakitan dan pembengkakan akibat
penyakit ini.
Ðikatakan satu sudu teh jus ketumbar yang dicampurkan dengan
secubit serbuk kunyit dikatakan adalah ramuan terbaik untuk merawat masalah
jerawat, bintik-bintik hitam dan kulit kering. Campuran herba ini perlu disapu
pada muka selepas anda mencuci muka pada malam sebelum tidur.
Pokok muda ketumbar pula dikatakan banyak digunakan dalam kari dan
sup. Manakala minyaknya pula digunakan untuk tujuan perasa dan dalam perubatan.
Ðalam bentuk kering, biji ketumbar adalah antara bahan penting dalam serbuk
kari dan turut digunakan dalam pengawetkan rempah, sosej, perasa,
konfeksioneri, dan untuk memberi rasa pada alkohol terutamanya gin.
Kajian terhadap haiwan telah mengesahkan bahawa ketumbar mampu
merangsang perembesan insulin dan merendahkan tahap gula dalam tekanan darah
tinggi. Ði India, ketumbar dikatakan telah digunakan sebagai anti radang untuk
arthritis dan kesakitan dalam perubatan Ayurveda selama berkurun lamannya.
Kandungan vitamin K yang tinggi dalam ketumbar dikatakan berguna dalam
perlindungan menentang osteoporisis melalui cara pencegahan pengaktifan sel-sel
yang dikenali sebagai osteoclasts yang menyebabkan kehilangan.
Akar ketumbar lebih kuat rasanya berbanding daunnya. Akar ketumbar
digunakan untuk memasak pelbagai hidangan Asia, terutamanya masakan kuah dan
pes kari Thai.
Walaupun terdapat pelbagai khasiat daun dan biji ketumbar, namun
begitu penggunaannya perlulah mendapat nasihat pengamal perubatan terlebih
dahulu bagi mengelakkan kemudharatan di kemudian hari kelak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan